Baram Regatta merupakan satu acara lumba perahu yang sangat Signifiken di Baram. Ia bukan sekadar acara lumba perahu biasa tetapi ia bermula dengan sejarah untuk menghentikan amalan 'ngayau' atau headhunting di kalangan pelbagai kaum di Baram ketika itu iaitu dalam sekitar tahun 1900.
Sejak dari situ ia sangat popular di kalangan masyarakat Baram untuk beradu kehebatan antara kaum masing-masing.
Hanya sejak akhir - akhir ini acara Baram Regatta dianggap sebagai acara sukan tahunan biasa kerana semangat ngayau sudah pudar di kalangan masyarakat Baram khas nya dan Sarawak am nya. Semoga acara Baram Regatta terus dianjurkan walaupun tujuan nya bukan untuk mengelak ngayau tetapi lebih kepada acara memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat Baram.